CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Terma & Syarat

PERHATIAN

Sila baca dan fahami terma dan syarat dibawah sebelum anda membuat sebarang pembelian item dengan dlibraryofhijab  Sila ambil perhatian sekiranya anda telah membuat pembelian dengan dlibraryofhijab anda sudah terikat dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh dlibraryofhijab Rajin-rajinkanlah diri membaca dan fahami dengan segala terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak dlibraryofhijab.

TERMA & SYARAT
·                Sila membuat pembelian atau booking melalui emel dlibraryofhijab@gmail.com
·                Sebarang pembelian melalui panggilan telefon atau sms tidak akan dilayan.
·                Jangan membuat sebarang bayaran sebelum menerima confirmation order
dari dlibraryofhijab.
·                Sila pastikan anda benar-benar pasti ingin membeli item kami barulah membuat
sebarang pembelian atau booking. Sebarang pembelian yang telah dibuat oleh anda dengan pihak kami (yang masih belum dibayar) anda boleh emel, sms atau bbm kepada kami untuk membatalkan pembelian atau booking anda. Pihak kami akan menerima keputusan anda dengan positif jangan takut ok =)
·                Pihak dlibraryofhijab berhak tidak melayan atau tidak mengendahkan
pelanggan yang sangat cerewet dan biadab dengan pihak kami.
·                Sebarang harga yang telah dinyatakan adalah TETAP. Pihak dlibraryofhijab
dengan sedaya upaya akan meletakkan harga dan perkhidmatan terbaik untuk
pelanggan-pelanggan kami.
·                Terima kasih kepada pelanggan budiman yang telah membuat pesanan dan
bayaran kepada pihak kami. Diharap anda dapat memberi pihak kami masa 1-3
hari untuk pos selepas bayaran telah dibuat. Kami memerlukan masa untuk
memastikan bayaran telah masuk ke dalam akaun, membungkus item dan ke
pejabat pos supaya tiada kesilapan dan masalah kelak.
·                Semua jualan adalah TETAP. Item yang telah dijual tidak boleh dipulangkan
 semula.
·                Tiada sebarang pulangan wang selepas bayaran melainkan item yang dipesan
telah habis dijual atau tiada dalam stock.
·                Pihak dlibraryofhijab telah sedaya upaya menyediakan gambar terbaik untuk
tatapan pelanggan-pelanggan kami. Walaubagaimanapun kemungkinan kecil
warna pada gambar tidak sama dengan warna sebenar item kerana dedahan
cahaya kamera ataupun mungkin paparan warna dikomputer anda berlainan
dengan pihak kami. Anda boleh emel kami untuk pertanyaan warna sebenar.
Sebarang  permintaan bagi gambar tambahan tidak akan dilayan.
·                Tempahan atau booking hanya dibenarkan selama 36jam sahaja. Selepas
tempoh tersebut sebarang tempahan yang tidak dibayar akan terBATAL.
·                Pihak dlibraryofhijab tidak akan bertanggungjawab dengan
sebarang kehilangan atau kerosakan semasa tempoh penghantaran.
·                Cara penghantaran melalui POSLAJU sahaja. Sebarang permintaan
menggunakan POS EKSPRESS (murah tetapi berisiko) adalah atas
tanggungjawab sendiri.
·                Urusan pos akan dibuat dua kali seminggu pada hari Isnin dan Rabu
sahaja ini bergantung juga kepada keadaan sekiranya pihak dlibraryofhijab ada urusan di Pejabat Pos pada hari lain.
·                Pembayaran penuh perlu dibuat sebelum urusan COD bermaksud
tiada bayaran tiada perjumpaan untuk serahan barang. Perjumpaan
hanya dibuat di tempat menunggu bas Presint 14 berhadapan
sekolah Presint 14.
·                Pembelian adalah diatas tanggungjawab sendiri.

PENGUMUMAN PENTING:
Pelanggan tetap dengan sejarah yang baik dengan dlibraryofhijab akan mendapat peluang yang lebih baik dari pihak kami dari semasa ke semasa.
Jika anda pelanggan yang sangat cerewet,
backout buyer dan lambat bayar pihak kami berhak tidak mengendahkan sebarang emel, sms atau bbm anda.

**Pesanan: Perjumpaan COD hanya pada hari yang telah ditetapkan oleh pihak dlibraryofhijab sahaja.

·       Selepas pengesahan tempahan kami akan menjawab emel anda secepat mungkin samaada barang tersebut masih ada ataupun tidak dan pihak kami akan maklumkan jumlah bayaran termasuk pos dan butiran akaun bank.

·       Sila membuat bayaran melalui online ataupun cash deposit dalam masa 36jam. Sebarang bayaran perlu disertakan dengan bukti bayaran melalui emel . Bagi bayaran melalui online banking sila masukkan emel dlibraryofhijab@gmail.com dan bagi pembayaran secara cash deposit anda perlu scan atau MMS gambar resit kepada kami sebagai bukti.

·       Selepas kami memastikan bayaran telah dipindahkan ke akaun kami barulah pihak kami membuat penghantaran. Contohnya jika anda membuat bayaran dari akaun RHB ke akaun Maybank kami, ini akan mengambil masa 3hari pindaan wang, selepas 3hari bayaran telah masuk barulah kami akan membuat penghantaran.

·       Sila tunggu maklumbalas dari kami dalam tempoh 1 hingga 48jam. Kami akan memberi maklumbalas secepat mungkin.

·       Jika anda membuat bayaran secara cash deposit dengan kuantiti yang lebih dari jumlah sebenar kerana masalah tidak boleh memasukkan RM1, RM 2 atau RM5 pihak kami akan memulangkan semula baki kepada anda melalui online banking. Tetapi jika anda mahu kami memasukkan baki anda didalam item untuk dipos, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kebarangkalian. Jika bayaran yang dibuat kurang dari jumlah sebenar, kami tidak akan membuat penghantaran sehingga bayaran penuh dibuat.

·       Sila menunggu dengan sabar item anda yang telah dipos oleh kami yang akan mengambil masa 1-3 hari bekerja untuk sampai ke alamat anda. Nombor pendaftaran pos akan diberi bergantung kepada permintaan.

·       Sila maklum, dalam tempoh penghantaran bungkusan anda oleh POSLAJU, dlibraryofhijab tidak akan bertanggungjawab atas segala kehilangan bungkusan atau item, kerosakan item dan kelewatan penerimaan barang kerana POS MALAYSIA adalah pihak yang perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya.

·       Pihak kami tidak menyediakan penghantaran dalam hari yang sama dengan pembelian. 

·       dlibraryofhijab berhak menyenarai hitamkan nama pelanggan yang sangat cerewet, pelanggan dengan permintaan yang tidak boleh diterima pihak kami dan backout buyer. Customer is always right tetapi right yang munasabah ok =)

·       Penjagaan item yang telah dibeli oleh anda adalah di atas tanggungjawab sendiri.

·       Hanya item yang disalah hantar oleh pihak kami boleh dipulangkan semula dalam masa 36jam setelah anda menerima item. Kos penghantaran semula kepada kami ditanggung oleh pihak anda. Item yang dipulangkan mestilah di dalam keadaan baik (tiada kotoran, tiada bauan lain, tidak dipakai, tidak dibasuh atau di alter) dan dibungkus dalam keadaan baik tidak menyebabkan awning rosak. Kami juga mahukan item kami dalam keadaan baik seperti anda. Jika gagal berbuat demikian anda akan disenarai hitam dan wang tidak akan dikembalikan.

·       Wang tidak akan dikembalikan dalam kes penghantaran semula seperti di atas, anda hanya boleh menukar kepada item yang masih AVAILABLE sahaja.

Pelanggan Dalam Kategori Senarai Hitam
1.      Backout buyer, adalah pelanggan yang submit order form tetapi setelah kami hantar confirmation order pelanggan menghilangkan diri tanpa sebarang berita. Perkara sebegini tidak adil bagi pelanggan lain yang mahukan item yang sama.
2.     Pelanggan yang sangat cerewet dan biadap dengan pihak kami.
3.     Pelanggan yang gagal menghantar semula item kami yang disalah hantar dalam keadaan baik dan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
4.    Pelanggan atau viewer yang mencuri HAKMILIK kami.

HAKMILIK dlibraryofhijab
Semua ayat , data, gambar, grafik di dalam blog ini adalah hakmilik dlibraryofhijab . Sebarang peniruan adalah DILARANG tanpa sebarang persetujuan dari pihak kami. Anda boleh emel kepada kami untuk sebarang kebenaran copy paste dari blog kami. Kami akan pertimbangkan dengan syarat anda perlu menyatakan copy paste adalah dari pihak kami.

Akaun  Bank :
Maybank – 1640 9846 1517 - Nor Baidura Basiran
CiMB – 1225 0066 8735 22 – Asrull Aszuan Ahmat
Bank Rakyat – 22 096 1027 033 – Nor Baidura Basiran

Jangan malu dan segan untuk hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan dlibraryofhijab@gmail.com
012. 2353.219
BBM Pin: 21348DB3
WhatsApp Messenger